November 5, 2014

How experiance tought you




Terkadang.. dekat hati paling dalam, aku rasa sangat bersyukur pada Tuhan.
Bersyukur kerana aku pernah melalui bermacam jenis pengalaman.
Yang sampai boleh ada satu detik, aku akan tersenyum sendiri.
Bila tengok kawan sekeliling sedang hadapi apa yang aku sudah hadapi dulu.

Perit dulu bak kata orang orang
Sebab akan sampai masa nanti, pengalaman yang perit tu yang akan mengajar kita.
Dan betullah sekarang apa yang aku rasa.
Sebab memang Allah tahu apa yang terbaik untuk hamba Dia pada masa tu. Tak ke ?

Tapi aku takut
Bila nanti Allah tanya
Apa dia yang aku dah buat dengan pengalaman pengalaman aku yang lepas ?!

March 24, 2014

No title.

Separuh jiwa,
Lama benar kau menghilang,
Perlahan-lahan kau pendam,
Sejauh mana kau mampu bertahan ...

Aku tahu apa yang membuatkan kau kuat
- Cinta cinta dari Tuhan, bukan?
Kerna aku juga rasa yang sama
Cumanya kali ini aku telat sedikit

Atau aku sememangnya selalu terlambat dalam mengejar cintaNya?
Astaghfirullah!
Aku terlebih bergurau
Sedangkan diatas jalan ini apa aku punya masa yang cukup untuk bergurau

November 25, 2013

希望。


Kita tahu bila mana kita bahagia.
Punya kebebasan untuk menjadi diri sendiri
Tidak endah kata kata yang boleh menjatuhkan
Kerana sesungguhnya kau hidup kerana cinta Tuhan.


Jatuh itu memang sifatnya menyakitkan dan memeritkan
Apatah lagi bila kau dipaksa untuk meneruskan perjalanan
Walau dalam keadaan dingkut menahan
Sampai ke garisan yang ditetapkan, kau pasti akan tersenyum kepuasan.