April 2, 2013

Erti Yang Perlu Difahami ?

Kadangkala aku lebih suka hidup dalam mimpi dan fantasi.
Melebihi hidup dalam dunia realiti.
Mengapa ? Kerana aku tidak mahu ada orang orang yang cuba memahami diri. Melainkan Sang Ilahi.
Aku lebih selesa begini.
Lebih gemar menyendiri.
Lebih banyak yang boleh diperhati.

Mungkin mereka mereka tidak faham.

Atau aku sendiri yang tidak cuba untuk memahami ? Mungkin .

Namun, tatkala diri cuba berubah hati..mereka sudah tidak mampu menerima lagi.

Adakah begitu keji ?

Aku jatuh dan aku bangkit lagi. Kerana ini diaa kehidupan duniawi. Terlalu sibuk mengingati nama nama yang dipuja puji.

Sedangkan yang selayaknya Allah yang diatas sana masih dan akan tetap ada. Adakah sudah lupa ?

Bukan dunia penuh penipuan ini yang dikejar. Bukan. Tetapi syurga Tuhan yang penuh dengan kenikmatan dan kerahmatan yang amat idam idamkan.

Ingin sekali aku menjadi pemilik nama yang paling popular dikalangan makhlukNya dilangit. Bukan dibumi.

Aku teringin sekali.

Semoga bila aku tersedar nanti, ini bukan lagi suatu fantasi. Aku benar benar inginnya menjadi realiti.

Semoga Allah meredhai dan merahmati hamba yang kerdil ini.


(Kredit)